Saturday, July 24, 2010

...

dah lame nyer tak tulis blog ni....mcm2 yang dah terjadi dlm hidupku.lebih byk cerite sedey dari gembira.huhuuuu...

dalam hidup ni,dari awal lagi sy dah aim,tak nak jatuh cinta/bercinta sebelum kawen.sbb sy tak nak kalaw tak jadi(putus tgh jalan)...dan ape yg tak nak tu..itula yang akan jadi....

owh..sedeynyer...........

Monday, March 15, 2010

Berpada-pada la...

boleh tak kalau tgh bercinta tu berpada2...jgn la dpn kwn2 pon nak bermesra sgt.pegang2 tgn dll.owh,plis r.tak jeles pon.cume taknak bersubahat jer.

Saturday, March 6, 2010

AhaD Ku ....

suatu hari di pagi ahad :

Ustaz: Semua umat islam walaupon pada mulanye disiksa di neraka, akhirnya akan masuk syurga jugak.tetapi orang kafir akan kekal di neraka.

mualaf : ustaz, kalau mcm tu tak adil la. Keluarga kami yang mualaf ni masih kristian.tapi mereka tak pernah buat jahat.selalu tolong orang tapi kene masuk neraka.orang islam ada jugak yang buat jahat,membunuh,merogol tapi last skali masuk syurga jugak....

ustaz: sbnrnye Allah maha adil.semua yang terjadi ade sebab nya. Kalau non muslim,bile die buat baik di dunia,dia akan dapat balasan serta merta.cthnye hidup die akan aman damai smpai mati...tapi disebabkan die tidak bertauhid (betul ke ayat ni) maka tiada lah kehidupan di akhirat untuk die.cume dapat dunia je. jd di sinilah kite sbg umat islam memainkan peranan.untuk berdakwah kepada mereka. agar dapat sama2 masuk syurga...

orang islam,kalau die buat jahat didunia,akan dapat balasan dunia+akhirat.cthnye orang islam yang bunuh orang lain.kalau ikut hukum islam,die kene hukum bunuh jugak (qisas). Itu cerita dunia. di akhirat pulak,amalan baik dan jahat ditimbang.kalau yang jahat lagi banyak,ke neraka la dia untuk berapa ribu tahun yang Allah swt dah tetapkan.

me: (ilmu yg baru..tak pnah tau pon cmne nak jwb soalan tu ) huhuuuu~

Friday, March 5, 2010

KeNe MaKI laGi....huuuu

maghrib2 tu dapat kol dr customer yg cm haram...iskh3.
kene maki giler2 nyer. klu in english takpe lg,ni die translate pulak ke malay..siap tanye sy tau tak pu#$%$% tu ape...giler.memang sakit mental la customer tu. pastu ngan sy2 skali leh sakit mental jwb kol die.dah ko tu tak bayar duit kete memang la kene tarik.yg nak bebel2+maki2 kat saye tu kenape...nak puaskan hati??!.

dah nak nangis jwb kol tu td.control suara...control....dan...hang up!
pastu sms+kol kwn2,mengadu...huhuuu.sedey woo...kene maki.sy nk cite balik kt dorg pon tak sanggup nak sebut words yg die cakap tu.sebbaik r de kwn2 yg sudi melayan sy bercerite..thanks uols.


owh....tolong la..memang nak kene cr keje lain sgttt :-(

Wednesday, March 3, 2010

di kala fikiran tgh s+e+N+G+e+t

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan….. yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu, Mengasihimu, Mengapa kamu berlengah, terus mencuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan? Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal.

LeLaki Cantik??

seswai tak perkataan cantik untuk lelaki??hmm.....mcm2 manusia yang ada kat mukabumi ni.dah dijadikan sebagai lelaki nk jugak gune perkataan yg seswai utk describe ppuan...pastu lagi nak tegakkan benang yg basah.memangla......menyampahkan...

Saturday, February 27, 2010

PeNiNg (*_*)

adoii~tukar2 font&color blog ni,last2 jadik cmni.pening r pulak.tapi malas nak tukar dah.biar je.

hmm...tau tak,mase belajar dulu,sy jarang jumpe orang yg malas solat. Jadi sy wat conclusion,orang yang pakai tudung semuanya solat.Mcm tu gak ngan lelaki.hehe..bile dah keje ni baru la tau,upenye ramai je orang yg salu tinggalkan solat.

solat bukan 1 kewajipan bagi mereka.dan teruknye!..sy takde kekuatan pon untuk menegur.dan yang paling worse...sy rase sy boleh terpengaruh pulak dgn mereka

berdose tak sy kalau same2 hangout ngan kwn...tetibe taim solat sy g je solat,tapi tak ajak mereka...cume bagitau je nak g solat.lemahnye bab2 cmni...tatawu la.

Ya Allah..berikan aku kekuatan untuk melaksanakan kewajipan ku kepadaMu......

Friday, February 19, 2010

Saya yang Manis (^_^)

haha....motivasi untuk diri sendiri...

Wednesday, February 17, 2010

DaTaNG La BeRaMAi2 yEr....


tolong promote kan mende ni jer....
kat masjid klcc...ahad ni.kol 9.30 smp 1 tgh hr...lelaki n pompuan leh join..jemput2 la dtg yer...

Tuesday, February 16, 2010

MeRaWat Hati Yg BerdukE deNGan SaJak nIe

Hawa..
Andai engkau belum berkahwin,
Jangan kau risau jodohmu,
Ingatlah Hawa janji tuhan kita,
Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik,
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim,
Kerana aku khuatir,
Dari mata jatuh kehati,
Maka lahirnya senyuman,
Maka tercetusnya salam,
Dan sekali gus di susuli dengan pertemuan,
Takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa..
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
Lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya dan yang penting agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.
Kerana dia tahu ape matlamatnya dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita,
Yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa ..
Jagalah pandanganmu,
awasilah auratmu,
peliharalah akhlakmu,
kuatkan pendirianmu.
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
Cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,
Biarlah hanya cinta dari kedua ibu bapamuYang memberi hangat kebahagian buat dirimu,
Cukuplah sekadar cinta adik-beradik sertaKeluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa...
Cintailah Allah dikala susah dan senangKerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu,Kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu,Kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga mengoncang iman lelaki.

Monday, February 8, 2010

ngantuk...(~_~)

hm...
tatau nak cite ape..xde idea.baru2 ni g perkim balik.setelah sekian lame tak g(last skali time blaja kat matrik dulu-4thn lps kot) sbb de kwn mintk tolong ajarkan pasal islam..die lelaki....hurmmm.........to be continued(bile rajin)

Monday, January 25, 2010

L.O.V.E

hmm.....
susahnyer.
++kerana cinta itu buta++