Saturday, February 27, 2010

PeNiNg (*_*)

adoii~tukar2 font&color blog ni,last2 jadik cmni.pening r pulak.tapi malas nak tukar dah.biar je.

hmm...tau tak,mase belajar dulu,sy jarang jumpe orang yg malas solat. Jadi sy wat conclusion,orang yang pakai tudung semuanya solat.Mcm tu gak ngan lelaki.hehe..bile dah keje ni baru la tau,upenye ramai je orang yg salu tinggalkan solat.

solat bukan 1 kewajipan bagi mereka.dan teruknye!..sy takde kekuatan pon untuk menegur.dan yang paling worse...sy rase sy boleh terpengaruh pulak dgn mereka

berdose tak sy kalau same2 hangout ngan kwn...tetibe taim solat sy g je solat,tapi tak ajak mereka...cume bagitau je nak g solat.lemahnye bab2 cmni...tatawu la.

Ya Allah..berikan aku kekuatan untuk melaksanakan kewajipan ku kepadaMu......

Friday, February 19, 2010

Saya yang Manis (^_^)

haha....motivasi untuk diri sendiri...

Wednesday, February 17, 2010

DaTaNG La BeRaMAi2 yEr....


tolong promote kan mende ni jer....
kat masjid klcc...ahad ni.kol 9.30 smp 1 tgh hr...lelaki n pompuan leh join..jemput2 la dtg yer...

Tuesday, February 16, 2010

MeRaWat Hati Yg BerdukE deNGan SaJak nIe

Hawa..
Andai engkau belum berkahwin,
Jangan kau risau jodohmu,
Ingatlah Hawa janji tuhan kita,
Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik,
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim,
Kerana aku khuatir,
Dari mata jatuh kehati,
Maka lahirnya senyuman,
Maka tercetusnya salam,
Dan sekali gus di susuli dengan pertemuan,
Takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa..
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
Lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya dan yang penting agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.
Kerana dia tahu ape matlamatnya dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita,
Yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa ..
Jagalah pandanganmu,
awasilah auratmu,
peliharalah akhlakmu,
kuatkan pendirianmu.
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
Cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,
Biarlah hanya cinta dari kedua ibu bapamuYang memberi hangat kebahagian buat dirimu,
Cukuplah sekadar cinta adik-beradik sertaKeluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa...
Cintailah Allah dikala susah dan senangKerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu,Kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu,Kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga mengoncang iman lelaki.

Monday, February 8, 2010

ngantuk...(~_~)

hm...
tatau nak cite ape..xde idea.baru2 ni g perkim balik.setelah sekian lame tak g(last skali time blaja kat matrik dulu-4thn lps kot) sbb de kwn mintk tolong ajarkan pasal islam..die lelaki....hurmmm.........to be continued(bile rajin)